Keputusan STPM 2017 Diumum Selasa Hadapan – Channel W

Keputusan STPM 2017 Diumum Selasa Hadapan

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 akan dikeluarkan pada 6 Mac ini, kata Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia Mohd Fauzi Mohd Kassim.

Menurutnya calon sekolah boleh menyemak keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

“Calon peperiksaan juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan hantar ke 15888.

“Keputusan tersebut turut boleh disemak melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my,? katanya hari ini.

Seramai 43,042 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2017 di 700 buah pusat di seluruh negara. Sebanyak 42,694 orang (99.19 peratus) merupakan calon sekolah kerajaan, 204 orang (0.47 peratus) calon sekolah swasta, 136 orang (0.32 peratus) calon persendirian dan lapan orang (0.02 peratus) ialah calon sekolah kerajaan negeri.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans