Kerajaan akan perkenal cukai baru-PM – Channel W

Kerajaan akan perkenal cukai baru-PM

Cukai baharu akan diperkenal untuk mendapatkan dana bagi membayar hutang negara.

Jelas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, selain itu juga penjualan aset-aset termasuk tanah akan dilakukan bagi menampung hutang-hutang tersebut.

Bagaimanapun perkara itu masih belum diputuskan setakat ini.

 

“Cukai itu tidak akan bebankan rakyat, bukan seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama Persidangan Pelaburan Malaysia: A New Dawn di Kuala Lumpur, Selasa.

Terdahulu ketika menyampaikan ucaptama, Dr Mahathir mengakui pengenalan cukai baharu pasti tidak akan mendapat sokongan rakyat.

Namun, kerajaan tidak ada cara lain untuk menjana dana bagi membayar hutang kerajaan.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa Malaysia berdepan dengan hutang yang mencecah RM1.08 trilion atau 80.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar setakat 31 Disember 2017.

Dr Mahathir berkata, ia bukan situasi yang mudah kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana terpaksa menanggung pelbagai beban yang ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Pada masa sama, kerajaan perlu memenuhi janji-janji manifesto yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

“Buat janji (manifesto) memang mudah, tapi bukan senang hendak laksanakannya.

“Bukan mudah menangani semuanya dengan pemimpin-pemimpin kerajaan yang baharu, tidak biasa memimpin kerajaan sebab dahulunya menjadi pembangkang.

“Jadi pembangkang lebih mudah, boleh mengkritik kerajaan pemerintah tetapi sekarang mereka memerintah,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans