Kerajaan Bentang RUU Anti Berita Tidak Benar 2018 – Channel W

Kerajaan Bentang RUU Anti Berita Tidak Benar 2018

KUALA LUMPUR – Kerajaan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar 2018 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

RUU itu yang bertujuan untuk mengekang penyebaran berita tidak benar dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

RUU itu mentakrifkan berita tidak benar sebagai “apa-apa berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagiannya atau keseluruhan adalah palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea”.

Ia memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya bagi orang yang disabitkan kesalahan.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans