Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akur memang sukar mengawal percakapan Ahli Parlimen semasa berbahas di Parlimen.

“Kita punya dasar ialah tidak ada sekatan. Nak cakap apa, cakaplah,” katanya di lobi Parlimen, pada Selasa.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam titah sempena istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-14 percaya sesi perbahasan akan berlangsung dengan berhemah.