Kerajaan bimbang rokok haram berleluasa – Channel W

Kerajaan bimbang rokok haram berleluasa

Kementerian Kewangan akan mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berhubung cadangan Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) untuk menamatkan jualan rokok bebas cukai di zon bebas cukai seperi Labuan, Langkawi dan Tioman.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perbincangan dengan pihak berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan perlu dilakukan kerana yakin cadangan tersebut mempunyai kaitan dengan masalah penjualan rokok secara haram.

“Kita kena terima hakikat jika kita meletakkan kadar duti terlalu tinggi, kesannya adalah penjualan secara haram melebihi yang dibenarkan kerajaan.

“Cadangan ini kita tunggu maklum balas daripada semua pihak terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, Khamis.

Semalam, Ideas dalam laporannya yang bertajuk ‘Countering Illicit Trade: Lessons from Abroad’ memberitahu cadangan tersebut dikemukakan berikutan pengakuan oleh kerajaan terdahulu bahawa pulau bebas cukai berkenaan menjadi sumber bagi mendapatkan produk tembakau secara haram.

Sebelum ini, cadangan untuk menghentikan jualan rokok bebas cukai sudah dibuat tetapi ia gagal dilaksanakan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans