Kerajaan BN Akan Buat Lebih Baik Jika Diberi Mandat Besar – Channel W

Kerajaan BN Akan Buat Lebih Baik Jika Diberi Mandat Besar

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi hari ini  menegaskan, kerajaan akan melakukan dengan lebih baik perkara-perkara  yang memberi manfaat kepada rakyat jika memperolehi mandat lebih besar  pada pilihan raya umum (PRU) nanti.

Malah katanya, kerajaan juga akan mengukuhkan institusi Parlimen  dengan menjayakan transformasi yang sudah dan akan dilaksanakan  Speaker Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Zahid berharap sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun  pembangkang, kedua-dua pihak harus menerima kekalahan selepas ke  gelanggang pilihan raya.

“Saya berharap ketika dalam gelanggang (PRU), kita akan terima  kemenangan atau kekalahan dengan yang menang tidak jadi arang dan yang  kalah tidak jadi abu.

“Dengan mandat yang lebih besar, kita (kerajaan akan lakukan yang  lebih baik kepada rakyat dan transformasi Parlimen,” katanya berucap di Dewan Rakyat, Khamis.

Ucapan itu selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyampaikan  ucapan penutup persidangan Dewan Rakyat Parlimen ke 13, hari ini.

Foto – Instagram @parlimenmalaysia

Zahid yang bangun mewakili kerajaan dan ahli-ahli Parlimen Barisan  Nasional mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Speaker dan  timbalannya serta pegawai-pegawai Parlimen yang menjalankan tugas  secara profesional sepanjang persidangan.

“Kami juga ucapkan terima kasih kepada pembangkang.  Walaupun kita akan  berjumpa di medan dan gelanggang (PRU 14) tetapi kita yakin pengalaman  kita di Dewan ini (kita akan kekal).

“Tetapi  di luar kita tetap sahabat. Sebagai sahabat jika ada  perbezaan pendapat kembalilah kepada adab terutama di Dewan yang mulia  ini,” pesan Zahid kepada ahli-ahli parlimen pembangkang.

Tambahnya, ini kerana gelagat ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat  diperhati oleh rakyat menerusi siaran langsung.

“Jika ada kesilapan Parlimen ke 14 nanti kita baiki dengan bijaksana  dan ketatasusilaan dan berharap makna demokraasi dilasanakan baik di  dalam dan luar dewan,” jelasnya lagi.

Timbalan Perdana Menteri juga berharap Pandikar akan terus dipilih  sebagai Speaker pada sidang parlimen akan datang.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans