Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin memaklumkan, dalam usaha menarik pelabur, kerajaan harus mengembalikan keyakinan para pelabur serata dunia.

“Kerajaan perlu lupakan perkara lalu, ia tinggal sejarah. Orang lain sudah tahu dan sebab itu mereka bertindak menolak kerajaan terdahulu.

“Jangan ulangi lagi. Enam bulan tempoh yang cukup,” katanya kepada media di majlis  Siri Persidangan Affin Hwang Capital 2018.

Tegasnya juga hari ini, beliau mahu kerajaan hari ini berhenti menyalahkan kerajaan lama.