Kerajaan Isytihar 9 Mei Hari Kelepasan Am – Channel W

Kerajaan Isytihar 9 Mei Hari Kelepasan Am

Tak perlu pening kepala lagi, Kerajaan hari ini telah mengisytiharkan 9 Mei ini sebagai hari kelepasan am tambahan diseluruh negara sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini, cuti kelepasan am tambahan itu bagi membolehkan semua rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Ia berikutan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mana tarikh mengundi PRU 14 telah jatuh pada hari bekerja.

Ia selaras dengan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan hari Kelepasan Am masing-masing.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans