Kerajaan kaji kenaikan gaji penjawat awam – Channel W

Kerajaan kaji kenaikan gaji penjawat awam

Kerajaan akan kaji semula pelaksanaan inisiatif kenaikan gaji penjawat awam seperti dijanjikan kerajaan terdahulu.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, perkara itu juga akan diperhalusi sebaiknya dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara pada masa kini.

Menurutnya, sekurang-kurangnya satu atau dua tahun diperlukan untuk buat keputusan berhubung perkara tersebut.

“Perkara ini masih dalam kajian lagi sebab semuanya bergantung kepada kewangan semasa negara.

“Saya akan tengok balik perkara ini dan berhubung dengan pihak yang boleh membuat keputusan kerana saya tidak berani nak komen lebih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Bual Bicara Bersama Penjawat-Penjawat Awam Negeri Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, semalam.

Dalam pada itu, Ismail turut memaklumkan kerajaan juga akan kaji semula permasalahan berkaitan jabatan yang mempunyai pertindihan fungsi.

“Kita sedang melihat balik selepas penyusunan selesai dan masuk ke fasa kedua. Jika ada pertindihan kita akan kecilkan mengikut kesesuaian.

“Banyak jabatan terlibat mungkin akan mengambil masa hingga suku pertama tahun hadapan,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 1,500 penjawat awam negeri dan persekutuan, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) hadir ke program berkenaan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans