Kerajaan mansuh AUKU dalam masa 5 tahun – Channel W

Kerajaan mansuh AUKU dalam masa 5 tahun

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan dimansuhkan dalam tempoh lima tahun, kata Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching.

Menurut beliau, perkara itu adalah selaras seperti yang dinyatakan dalam dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan dulu jika Berjaya mentadbir negara.

Bagaimanpun jelasnya lagi kementerian memerlukan lebih banyak masa untuk menghapuskan akta itu dan menggantikannya dengan undang-undang baru, kerana ia memerlukan waktu bagi mengkaji dan melakukan perundingan bersama semua pihak berkepentingan.

“Saya rasa selaras dengan AUKU dimansuhkan dan ganti akta baru, kita perlu masa untuk buat consultation.

“Kementerian sasar tempoh lima tahun untuk laksanakan manifesto itu,” katanya dalam Dewan Rakyat, Rabu.

Bagi langkah jangka pendek juga, beliau berkata kementerian akan memansuhkan peruntukan yang menghalang pelajar daripada berpolitik dalam kampus.

“Kita tiada halangan untuk BN dan Pakatan Harapan masuk universiti, bukan untuk isu politik tetapi kongsi pandangan ,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans