Kerajaan nafi halang pramugari syarikat penerbangan berpakaian patuh syariah – Channel W

Kerajaan nafi halang pramugari syarikat penerbangan berpakaian patuh syariah

Kementerian Pengangkutan memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat larangan daripada pihak kerajaan dari membenarkan pramugari syarikat penerbangan memakai pakaian patuh syariah, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar, kerajaan tiada sebarang halangan bagi mana-mana syarikat penerbangan untuk menetapkan pakaian seragam pramugari yang menepati kehendak syariah Islam selagi mana ia mematuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan International Civil Aviation Organization (ICAO).

Katanya lagi, CAAM menetapkan supaya syarikat penerbangan perlu menyediakan pakaian seragam yang membolehkan pramugari dan pramugara menjalankan tugas-tugas keselamatan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Ini adalah satu keperluan bagi syarikat-syarikat penerbangan memperolehi sijil keselamatan. Dalam hal ini juga syarikat penerbangan bebas memilih pakaian seragam asalkan ia mematuhi kriteria sebagai pakaian yang tidak menghalang tugas semasa pengungsian kecemasan dan berdasarkan kesesuaian dan imej korporat masing-masing.”

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans