Kerajaan perlukan pembangkang dalam Dewan Rakyat – Channel W

Kerajaan perlukan pembangkang dalam Dewan Rakyat

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kerajaan hari ini memerlukan pembangkang di Dewan Rakyat dan tidak akan menutup mulut mereka.

Menurutnya, ini kerana suara pembangkang diperlukan untuk menjadi semak dan imbang kepada kerajaan.

“Parti lawan penting. Kalau tak ada mereka, ia ibarat melihat diri sendiri dalam cermin. Kita tengok rupa sendiri cantik tapi orang lain tak begitu.

“Kalau tak ada parti lawan, tak ada orang nak tegur penyelewengan jika kita lakukan,” katanya.

Katanya, kualiti perdebatan di Dewan Rakyat dilihat belum memuaskan dan ahli Parlimen tidak menggunakan peluang dengan sebaiknya.

“Sebagai contoh ada yang kata saya flip flop sedangkan kenyataan yang dibuat oleh saya ketika itu ketika menjadi pembangkang dan tidak mengetahui keupayaan negara melaksanakan apa yang dijanjikan dalam manifesto.

“Kalau ketika itu jadi kerajaan, memang kita tak berjanji. Mana mungkin kalau kita tahu tak mampu tapi nak laksanakan janji tersebut,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans