Kerajaan Pertimbang Elaun Khas Untuk Pertubuhan Peladang – Zahid – Channel W

Kerajaan Pertimbang Elaun Khas Untuk Pertubuhan Peladang – Zahid

BAGAN DATUK – Kerajaan bersedia mempertimbangkan satu bentuk elaun khas untuk diberikan khusus kepada seluruh Pertubuhan Peladang di negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau sendiri akan membawa perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dibincangkan tidak lama lagi bagi menggembirakan para peladang dalam usaha memastikan golongan berkenaan yang membantu pembangunan ekonomi negara selama ini mendapat manfaat.

“Nelayan sudah ada RM300 sebulan, pesawah pun dapat bantuan sebanyak RM600 (semusim), begitu juga dengan penoreh getah, takkan mereka sahaja yang dapat bantuan”.

Peladang pula apa oleh-oleh mereka, jadi saya akan duduk dengan Perdana Menteri dan menteri-menteri terlibat supaya kita dapat ikhtihar sesuatu untuk mereka (peladang). Kita (kerajaan) ingin memberi berita gembira untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Jalinan Peladang peringkat negeri Perak di perkarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hutan Melintang di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Tan Sri Zainal Dahalan dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPK negeri Datuk Zadzri Ismail dan Pengerusi AJP PPK Hutan Melintang Datuk Khairuddin Tarmizi.

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata elaun khas itu sebagai penghargaan kerajaan terhadap sumbangan semua peladang yang mendokong agenda yang dilaksanakan kerajaan selama ini.

“Ini (pemberian elaun khas) bukan kerana wang ringgit tetapi sebagai penghargaan kepada usaha mereka, Insya-Allah kalau selama ini mereka bantu kerajaan maka bila ada peruntukan khas, saya yakin lebih kuat mereka akan bantu kerajaan nanti,” katanya.

Pada karnival tersebut, kira-kira 1,000 peladang dari seluruh negeri dan kawasan sekitar memeriahkan karnival sehari itu.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans