Kerajaan Tun Mahathir Mohamad berharap agar hutang negara dapat dikurangkan didakwa telah dibelanjakan oleh kerajaan UMNO BN melebihi RM1 trillion.
Jelas Perdana menteri sasaran itu dibuat dalam tempoh satu atau dua tahun ini.
“Sekarang ini kita sebagai kerajaan. Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah menyelesaikan beberapa masalah yang diwujudkan oleh kerajaan sebelum ini.
“Kerajaan sebelum ini telah meminjam sejumlah wang yang besar iaitu lebih RM1 trillion. Adalah sukar bagi kita tetapi dalam satu atau dua tahun ini kita boleh mengurangkan jumlah itu,” katanya semasa sesi dialog bersama-sama anggota Masyarakat Asia dengan bekas Perdana Menteri Australia Kevin Rudd bertindak sebagai moderator.
Tambahnya lagi setakat ini kerajaan mengutamakan usaha bagi pemulihan kekayaan dan menyelamatkan ekonomi negara dalam tempoh berkenaan.
Mengenai hutang Malaysia, Dr Mahathir berkata tiada negara sepatutnya mempunyai hutang di luar kemampuannya dan beliau merasa terkejut bagaimana kerajaan sebelum ini boleh membiarkan ini berlaku.
You must be logged in to post a comment Login