Kerajaan Sedia Teliti BR1M Untuk Golongan Miskin Bandar – Channel W

Kerajaan Sedia Teliti BR1M Untuk Golongan Miskin Bandar

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedia meneliti untuk meningkatkan jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan miskin bandar, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Othman Aziz.

Katanya kerajaan sedar kos sara hidup di bandar adalah jauh lebih tinggi daripada di luar bandar.

“Maka InsyaAllah kerajaan akan melihat semula mungkin bantuan masyarakat miskin bandar boleh tingkatkan sikit, jadi ini adalah pelan jangka panjang,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) yang ingin tahu sekiranya jumlah bayaran BR1M antaranya sebanyak RM900 yang diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM3,001 ke RM4,000 perlu ditingkatkan bagi mereka yang menetap di bandar. -BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans