Kerajaan Serap Kos Pengangkutan Barang KR1M 2.0 – Channel W

Kerajaan Serap Kos Pengangkutan Barang KR1M 2.0

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyerap kos pengangkutan barangan yang dijual di bawah inisiatif Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 bertujuan menyelaraskan harga jualan di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga pengerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, berkata peruntukan khas kepada syarikat pengangkutan diberi supaya rakyat di Sabah dan Sarawak turut dapat menikmati harga produk yang berpatutan seperti di Semenanjung.

“Ia satu langkah proaktif kerajaan dan meliputi juga dasar kabotaj dengan penyelarasan harga dari segi pengurangan kos pengangkutan untuk barangan KR1M 2.0 yang dijual di Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan berusaha menyelaraskan harga khususnya untuk outlet di Sabah dan Sarawak,” katanya dan menurutnya kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk menyediakan bantuan kewangan dalam usaha mengurangkan kos pengangkutan serta pengedaran.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan outlet KR1M 2.0 kategori kedai serbaneka di KK Super Mart, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, hari ini.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans