Kerajaan takut buat keputusan Oktoberfest – Channel W

Kerajaan takut buat keputusan Oktoberfest

Kerajaan dilihat malu dan takut untuk membuat keputusan berkaitan kepentingan agama Islam, terutamanya melibatkan penganjuran pesta Oktoberfest.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, malah lebih teruk lagi apabila ada yang mendakwa bahawa kebenaran diberi untuk perayaan itu.

“Saya menyeru rakyat untuk terus mendesak kerajaan untuk tidak lagi membenarkan budaya buruk dari barat mendapat tempat dalam negara kita. Benar, non-muslim berhak berurusan dengan minuman keras tersebut termasuk minum dan meniagakannya.

“Tetapi untuk menjadikannya sebagai festival tahunan negara adalah turut melanggar hak orang lain terutama hak majoriti umat Islam,” katanya dipetik media.

Beliau diminta mengulas mengenai penganjuran Oktoberfest yang didakwa melibatkan penggunaan arak dan sebagainya.

Menurutnya, festival seperti itu dilihat sebagai mengganggu perasaan, maruah, dan nyata boleh mendatangkan mudarat kepada rakyat kerana ia bukan menjadi hak non muslim semata-mata.

Beliau berkata,  kerajaan sepatutnya menyumbang kepada pendidikan dan kempen anti minuman keras, dan ia dilihat menjadi penyumbang terbaik dari Islam untuk rakyat Malaysia.

“Apakah non-muslim dalam negara kita akan sedih atau kerugian jika keluarga dan komuniti mereka berjaya keluar dari aktiviti meminum arak? Saya yakin mereka juga akan gembira.

“Jika kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk kempen anti arak, sekali kebenaran untuk festival arak, ia adalah cukup untuk menghanguskan wang dan mensia-siakan kempen tersebut,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans