Kerajaan tidak ada perancangan balas dendam pada Najib – Channel W

Kerajaan tidak ada perancangan balas dendam pada Najib

Perdana Menteri termasuk kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membalas dendam terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau pada sidang media sebentar tadi, ia adalah prosiding biasa yang dikenakan terhadap bekas perdana menteri itu seperti yang dilakukan Najib terhadapnya serta beberapa pimpinan Pakatan Harapan yang lain.

“Kita nak balas dendam buat apa. Yang dia buat dulu kita tak persoalkan.

“Semua kawan-kawan saya dihalau tak bagi berkawan dengan saya, pembekuan akaun mereka dilakukan. Kita tak persoalkan,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa yang menuduh kerajaan PH cuba membalas dendam terhadap bapanya.

Semalam, Nooryana menyifatkan pembekuan akaun peribadi keluarganya sebagai dendam kerajaan PH terhadap keluarga Najib.

Dalam pada itu, Nooryana mendakwa akaun bank peribadinya dibekukan selepas membayar ikat jamin bapanya.

Dalam satu catatan di Facebook, Nooryana berkata dia dimaklumkan oleh pihak bank yang ia menerima arahan untuk membekukan akaun peribadinya, yang antara lain digunakan untuk membayar yuran persekolahan.

“Apakah kerajaan ini terlalu berdendam hingga mereka mahu menghapuskan seluruh keluarga saya? soalnya.

Dalam masa yang sama Tun Mahathir turut mencabar keluarga Najib untuk mengemukakan dakwaan di mahkamah sekiranya tindakan SPRM membekukan akaun keluarga adalah salah di sisi undang-undang.

“Kalau dia kata ini salah, you can take it to the court (mereka boleh bawa isu ini ke Mahkamah),” katanya.

Beliau sebelum itu telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH yang dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertahanan.

Dr Mahathir turut mencabar keluarga Najib untuk mengemukakan dakwaan di mahkamah sekiranya tindakan SPRM membekukan akaun keluarga adalah salah di sisi undang-undang.

“Kalau dia kata ini salah, you can take it to the court (mereka boleh bawa isu ini ke Mahkamah),” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans