Kerajaan umum pengambilan pekerja asing Selasa ini – Channel W

Kerajaan umum pengambilan pekerja asing Selasa ini

Pengambilan pekerja asing akan diumumkan kerajaan sebagai satu dasar baharu selepas perbincangan terperinci dijalankan antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Selasa ini.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berkata dasar berkenaan bagi merombak sistem pengambilan pekerja asing yang lama yang dilihat mempunyai pelbagai isu terutama monopoli pihak ketiga.

“Selasa ini akan ada mesyuarat antara saya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan mengenai warga asing dan ada berita baik terutama berhubung pekerja asing di mana dasar pengambilan pekerja asing yang baharu akan diumumkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melepaskan peserta Program Kayuhan Basikal ‘Ride with the Boss’ Sambil Mempromosikan Kebersihan Bandar Raya Ipoh, Sabtu.

Kulasegaran berkata, kerajaan inginkan polisi yang lebih sistematik dalam pengambilan pekerja asing bagi kepentingan semua pihak terutama majikan yang memerlukan tenaga kerja asing.

“Sasaran kita antaranya adalah tidak boleh lebih daripada 15 peratus pekerja asing berbanding pekerja tempatan, sebagai contoh 100 pekerja tempatan bermakna hanya 15 pekerja warga asing dibenarkan.

“Bagaimanapun ramai yang sedar ketika ini keadaannya bukan sedemikian, kerana yang betul mengikut undang-undang dengan memiliki pas pekerja mungkin 15 peratus namun selebihnya adalah pekerja asing tanpa izin atau tiada pas pekerja,” katanya.

Kulasegaran berkata, kementeriannya terbabit dalam mencadangkan perkara dasar pengambilan pekerja asing namun yang membuat keputusan adalah KDN.

“Dasar itu penting kerana kita perlu tahu kenapa diperlukan pekerja asing, apakah asas keperluan itu dan di sektor mana diperlukan contohnya adakah pekerja asing boleh menjadi peguam, itu antara perinciannya termasuk sekatan-sekatan yang akan dicadangkan.

“Antara idea saya sendiri pula adalah sistem pengambilan ini dilakukan secara atas talian tanpa perlu jumpa,” katanya.

Sementara itu, mengenai perkembangan isu penggantungan penghantaran pekerja Nepal ke Malaysia, beliau berkata, kerajaan Nepal sudah memberi maklum balas dan pihaknya dalam proses akhir menyediakan memorandum persefahaman (MoU) bagi menyelesaikan isu itu.

“Kita sebelum ini tidak ada sebarang MoU dengan mereka (Nepal) dan mereka bersetuju dengan MoU yang kita sudah mula cadangkan kira-kira dua minggu lalu.

“Saya akan dapatkan kelulusan Kabinet dan bercadang untuk ke Nepal bagi menyelesaikan isu ini.

“Banyak pihak atau majikan yang memang memerlukan pekerja asing terutama daripada Nepal dan kita memang tiada halangan tetapi yang menjadi masalah adalah orang tengah yang memonopoli dan mengaut keuntungan melampau.

“Kita tidak mahu lagi adanya monopoli ini, ia bukan mudah selepas kerajaan baharu mengambil alih, banyak yang perlu dilakukan dan berharap pihak majikan bersabar kerana akan ada penambahbaikan dari semasa ke semasa,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans