Kereta Api Bertembung Di Mesir, Tiada Rakyat Malaysia Terjejas – Channel W

Kereta Api Bertembung Di Mesir, Tiada Rakyat Malaysia Terjejas

Putrajaya  – Insiden kemalangan kereta api yang berlaku di Beheira, Mesir , tiada rakyat Malaysia yang terjejas kata Wisma Putra.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau ingin memperoleh maklumat lanjut boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah menerusi talian +20237610013, +2012 00276388 atau menerusi email di mwcairo@kln.gov.my.

Menurut laporan media, kereta api penumpang itu bertembung dengan kereta api barangan berhampiran stesen Kom Hamada di utara Beheira Governorate yang terletak kira-kira 164km dari Kaherah pada Rabu.

Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban dan 40 lagi dilaporkan cedera dalam perlanggaran itu.

Menurut Wisma Putra kerajaan Malaysia merakamkan takziah yang mendalam kepada keluarga semua mangsa.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans