Kerja Penyelenggaraan Punca Kebakaran Bangunan KWSP PJ – Channel W

Kerja Penyelenggaraan Punca Kebakaran Bangunan KWSP PJ

PETALING JAYA – Kira-kira 40 peratus bangunan enam tingkat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, di sini, dijilat api tengah hari tadi akibat daripada kerja-kerja penyelenggaraan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Soiman Jahid mengesahkan, tiada kebakaran berlaku dalam bangunan, hanya cladding atau lapisan pelindung di luar bangunan yang terbakar.

Beliau berkata, punca kebakaran adalah percikan api akibat kerja penyelenggaraan serta cuaca panas dan angin kuat.

Api dan asap tebal yang menjulang kelihatan dari sebahagian bangunan itu yang terletak bersebelahan Lebuhraya Persekutuan itu.

Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya terbabit.

Foto- Sumber Awam

Ketua Komunikasi Korporat KWSP, Nurin Mastura Din Merican berkata semua kakitangan telah keluar dengan selamat dari bangunan berkenaan dan setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Dalam pada itu, menurut laporan awal JBPM Selangor, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.53 pagi ini dan sampai di lokasi pada pukul 11.58 pagi.

Susulan kebakaran itu, masing-masing dua jentera dari Balai Bomba Seksyen 7 Petaling Jaya, Balai Bomba Penyelamat Damansara, Balai Bomba Penyelamat Pelabuhan Klang, Balai Bomba Penyelamat Hang Tuah dan Balai Bomba Penyelamat Pantai dikerah ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan.

Operasi itu melibatkan 43 anggota termasuk tiga pegawai dan mengambil masa selama 30 minit untuk memadamkan api yang marak.

Tiada sebarang kecederaan dilaoprkan. Foto- Nurul Alifah

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans