Kesan Dakwat Jari PRU14 Jejas PRK Sungai Kandis? – Channel W

Kesan Dakwat Jari PRU14 Jejas PRK Sungai Kandis?

Pengundi di Dewan Undangan Negeri – DUN Sungai Kandis yang masih mempunyai kesan dakwat Pilihan Raya Umum ke-14, di jari mereka, tidak terjejas hak untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil – PRK kawasan itu 4 Ogos depan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya – SPR Tan Sri Othman Mahmood berkata, pengundi tidak perlu bimbang kerana SPR telah mengambil langkah sewajarnya berkaitan perkara itu termasuk akan mengadakan taklimat dengan semua petugas pilihan raya.

Menurut beliau, dalam proses pilihan raya setiap pengundi akan diperiksa jari mereka untuk memastikan ia bebas daripada sebarang tanda dakwat sebelum diberikan kertas undi.

Dalam pada itu, Othman berkata, proses pengundian pada PRK ini akan dihadiri dan disaksikan oleh wakil-wakil calon yang bertanding.

Selain itu juga, beliau berkata, pemerhati-pemerhati pilihan raya terdiri daripada beberapa organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan – NGO yang dilantik oleh SPR akan turut menyaksikan proses berkenaan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans