Ia disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat kepada media.

Menurutnya, keputusan itu disahkan oleh pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menjalankan bedah siasat ke atas mangsa, pada Rabu.

” Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui bagaimana kecederaan itu boleh berlaku,” katanya kepada media.

Fadzil dalam pada itu menolak dakwaan yang menyatakan bayi itu maut akibat tersedak susu kerana hasil bedah siasat tidak menemukan sebarang susu di kerongkong mangsa.

Beliau bagaimanapun menolak untuk mengesahkan kematian bayi malang itu akibat didera kerana siasat lanjut masih lagi dijalankan.