Ketua UMNO Bahagian Ditangkap, Malang dan Mendukacitakan Parti – Zahid – Channel W

Ketua UMNO Bahagian Ditangkap, Malang dan Mendukacitakan Parti – Zahid

KUALA KRAI – Barisan Nasional akan membincangkan isu penangkapan salah seorang Ketua UMNO Bahagian di ibu negara semalam dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi bersama Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara penangkapan itu sesuatu yang amat malang kepada parti.

Zahid berkata dari segi perundangan ia belum dijatuhkan lagi hukuman oleh mahkamah tetapi dari segi parti politik ia amat mendukacitakan.

“Tindakan UMNO… akan bawa ke mesyuarat untuk membincangkan mengenai tindakan yang sedia ada tetapi setakat ini tiada penggangtungan dilakukan Sudah pasti (penahanan) itu memberi kesan dan menjejaskan kawasan berkenaan,” katanya dalam sidang media di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang, Kuala Krai.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerusi di kawasan ditentukan oleh MCA.

Sebuah portal semalam melaporkan, polis mengesahkan seorang Ketua UMNO Bahagian di Kuala Lumpur ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi di ibu negara.

Lelaki yang namanya tidak disiarkan didapati positif amphetamine dan methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah berkata, dalam serbuan itu pemimpin itu bersama sekumpulan rakannya turut ditahan.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans