Khairy Jamaluddin buat laporan polis terhadap Guan Eng – Channel W

Khairy Jamaluddin buat laporan polis terhadap Guan Eng

Satu laporan polis telah dibuat berhubung tuduhan Menteri Kewangan terhadap BN yang didakwa telah erompao bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bernilai RM18 billion.

Laporan tersebur dibuat Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Khamis.

Guan Eng membuat tuduhan itu semalam pada sesi membentangkan Rang Undang-Undang GST (Pemansuhan) 2018 di Dewan Rakyat berkata, kerajaan akan berusaha melunaskan tunggakan tuntutan cukai input bagi GST mulai tahun depan.

Menurut beliau, tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak 1 April 2015 hingga 31 Mei lalu berjumlah RM19.4 bilion dan mengikut rekod Jabatan Kastam terdapat kira-kira RM18 bilion belum dibayar.

Khairy dalam twitternya menggesakan satu siasatan terbuka dibuat oleh polis dan mereka yang terlibat perlu dihadapkan ke mahkamah.

Menurut Khairy, siasatan dalaman Kementerian Kewangan sahaja tidak memadai kerana dakwaan berkenaan sangat serius

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans