Khasiat Daun Sirih yang PERLU Anda Tahu! – Channel W

Khasiat Daun Sirih yang PERLU Anda Tahu!

Khasiat dan manfaat daun sirih sememangnya tidak perlu diragukan lagi. Bahkan ramuan ini sudah diresepikan secara turun temurun dari nenek moyang kita lagi.

Penggunaan daun sirih biasanya dengan pelbagai cara antaranya seperti dikunyah, direbus dengan air bergantung kepada sesuatu penyakit.

Salah satu manfaat yang  cukup terkenal dari daun sirih ialah kesannya yang sangat bagus pada wanita, terutama air rebusan daun sirih dipercayai dapat digunakan untuk mengatasi pelbagai masalah wanita.

Daun sirih ini memiliki pelbagai kandungan penting seperti pelembab semulajadi, mineral, vitamin, antioksidan serta antiseptik.

Ini antara kebaikan yang daun sirih yang kita harus tahu:

1. Melancarkan haid

Bagi wanita yang sering mengalami masalah ketika haid atau menstruasi, anda boleh mencuba minum air rebusan daun sirih. Ini kerana kebanyakkan produk yang ada di pasaran juga mengandungi ekstrak sirih yang dapat melegakan sakit ketika haid.

Langkah – langkah merebus daun sirih:

Sediakan 3 – 5 helai daun sirih. Rebus daun sirih tersebut sehingga mendidih. Tunggu air rebusan tersebut dan pastikan suhu air rebusan tersebut mengikut suhu bilik, pastikan anda tapis hampas daun sirih itu, dan minum rebusan tersebut ketika anda mengalami haid atau ketika menstruasi.

Air rebusan daun sirih mampu melancarkan haid

 

2. Merawat Kulit dan Masalah Jerawat

Bagi anda di luar sana yang mengalami masalah kulit seperti berjerawat, sirih mampu menyelesaikan masalah anda.

Salah satu kebaikan yang terdapat di dalam daun ini adalah kavikol. Kavikol ini mampu membunuh bakteria yang bersarang pada kulit wajah.

Langkah – langkah merebus daun sirih untuk dijadikan masker:

Sediakan 3 helai sirih, selepas itu masukkan 2 gelas air ke dalam periuk, dan masukkan 3 daun sirih tersebut.

Anda harus tunggu sehingga air mendidih, dan matikan api dapur, tunggu sehingga air rebusan sirih suam, seterusnya basuh muka anda dan letakkan sirih tersebut di seluruh muka anda yang berjerawat secara rata. Diamkan selama 30 minit, kemudian bilas wajah anda mengunakan air suma.

Langkah – langkah merebus daun sirih untuk diminum:

Sediakan 2 – 3 helai sirih, panaskan air dan masukkan daun sirih tersebut, setelah air mendidih. Ambil daun sirih tersebut dan gunakan pengisar untuk blend daun sirih itu. Selepas itu, tapiskan ampas daun sirih itu, jika anda tidak gemar dengan rasa pahit air daun sirih, letakkan 1 sudu madu untuk mengurangkan rasa pahit. Bagi mendapatkan hasil yang cepat, amalkan minum air daun sirih setiap hari.

Kavikol dalam daun sirih mampu membunuh bakteria yang ada pada kulit wajah, sekaligus merawat kulit bermasalah dan berjerawat.

 

3. Mengubat Penyakit Asma

Penyakit asma merupakan penyakit keturunan dan penyakit ini berbahaya yang boleh dibawa walaupun ia bukan jenis penyakit yang kronik seperti diabetis dan jantung. Namun, penyakit ini akan mengakibatkan rutin harian terganggu kerana apabila terjadinya asma anda akan mengalami sesak nafas, sukar untuk anda melakukan aktiviti yang berat dalam jangka masa yang panjang serta anda akan berasa nafas anda pendek dan sukar untuk bernafas seperti biasa.

Bagi anda yang mempunyai penyakit asma, rebusan daun sirih dapat menbantu anda mengatasi gejala -gejala disebabkan asma.

Langkah – langkah menyediakan rebusan daun sirih untuk penyakit asma:

Sediakan 4 – 5 helai daun sirih, rebus daun sirih tersebut dengan mengisi 2 gelas hingga mendidih. Pastikan anda minum rebusan tersebut secara rutin, minum 2 – 3 kali sehari, tidak kira anda mengalami asma atau pun tidak.

Minum air rebusan sirih 2 – 3 kali sehari untuk mengatasi gejala-gejala asma

 

4. Mengatasi masalah bau badan

Masalah bau badan adalah masalah umum tidak kira lelaki mahupun wanita. Untuk menangani masalah ini, air rebusan daun sirih ini adalah salah satu alternatif untuk masalah ini.

Bau badan yang disebabkan pertumbuhan bakteri bercampur peluh berlebihan sehingga menimbulkan aroma yang tidak enak. Daun sirih mempunyai anti septik yang mampu menghilangkan bau badan.

Langkah – langkah menyediakan rebusan daun sirih untuk mengatasi bau badan:

Sediakan 3 – 4 daun sirih yang masih segar. Cuci daun sirih tersebut hingga bersih dan pastikan tidak ada kotoran yang melekat. Selepas itu, rebus daun sirih tersebut hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan air rebusan daun sirih tersebut mengikut suhu bilik.

Kemudian tapis air tersebut dan minum. Anda boleh menambah madu atau gula untuk mengurangkan rasa pahit rebusan daun sirih. Amalkan minum rebusan daun sirih ini pada waktu malam untuk dua kali seminggu.

Minum rebusan daun sirih pada waktu malam untuk kurangkan bau badan

5. Mengubati Keputihan dan Kegatalan pada Bahagian Sulit Wanita

Keputihan adalah normal bagi wanita, namun jika keputihan yang menimbulkan rasa tidak selesa dan gatal, masalah ini harus di atasi kerana ini boleh mengakibatkan jangkitan di bahagian Miss V anda.

Masalah seperti ini, anda boleh gunakan daun sirih untuk mengatasi ini, dengan kandungan minyak atsiri, anti septik semulajadi serta anti mikroba yang dapat membasmi kuman dan bakteri penyebab keputihan tak normal.

Langkah – langkah menyediakan air rebusan untuk mengubati keputihan dan kegatalan pada bahagian Miss V;

Sediakan 5 – 10 helai duan sirih, rebus daun sirih tersebut dengan air berukuran 500 ml bersih sehingga mendidih. Kemudian biarkan air rebusan daun sirih tersebut hingga suhu bilik dan tapis hampas daun sirih itu, gunakan air rebusan tersebut untuk di Miss V anda. Lakukan 2 kali sehari sehingga keputihan dan kegatalan hilang.

Namun, tidak hanya sampai di situ sahaja, daun sirih juga merupakan bahan semulajadi yang banyak khasiatnya, meskipun masih banyak orang yang belum mengetahuinya.

 

Cara yang sering digunakan untuk mendapatkan manfaat daun sirih ini ialah direbus, walau pun masih ada cara lain. Jika daun sirih yang sering anda temui selama ini berwarna hijau, namun adakah anda tahu bahawa anda sirih mempunyai daun yang berwarna merah, dan pelbagai kebaikan untuk kehidupan seharian kita.

Jadi, selamat mencuba!

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans