Khidmat Jurulatih dari Australia Ditagih Naikkan Mutu Skuad Terjun – Channel W

Khidmat Jurulatih dari Australia Ditagih Naikkan Mutu Skuad Terjun

Jurulatih skuad terjun kebangsaan yang baharu, Christian Brooker bertekad mengembalikan kestabilan dan meningkatkan lagi kualiti pasukan berkenaan yang dihimpit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini.

Brooker dilantik untuk membantu jurulatih sementara, Zhang Yukun yang mengambil alih tugas mengendalikan skuad terjun kebangsaan daripada bekas ketua jurulatih, Yang Zhuliang yang tidak disambung kontraknya.

Dia yang pernah berkhidmat bersama Institut Sukan Australia Selatan sebelum ini menandatangani kontrak dua tahun selepas permit kerjanya diluluskan dan kini mahu membina hubungan yang rapat dengan penerjun.

Dia turut mengharapkan hubungan dengan penerjun akan menjadi lebih baik, mendapat kepercayaan dan meningkatkan keyakinan mereka supaya mereka dapat memberikan yang terbaik ketika kejohanan.

Brooker berkata dia akan bekerjasama dengan pakar psikologi untuk membentuk jati diri penerjun selain menggunakan kekuatan sendiri untuk meningkatkan teknik, strategi dan cara mengelak kecederaan supaya latihan dapat mendatangkan hasil yang maksimum.

Skuad Terjun Negara di Sukan SEA KL2017

Dalam masa sama, jurulatih kelahiran Australia itu menegaskan kehadirannya untuk meningkatkan mutu skuad terjun dengan beliau sama sekali dia tidak akan merosakkan aspek positif yang sudah dicapai penerjun di bawah kendalian Zhuliang.

Katanya, Ini adalah satu cabaran namun dia pernah bekerjasama dengan pasukan yang menggunakan teknik latihan berasaskan falsafah China sebelum ini.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans