Kita bukan minta sedekah, itu tanggungjawab kerajaan-PAS – Channel W

Kita bukan minta sedekah, itu tanggungjawab kerajaan-PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi menegaskan bahawa kerajaan negeri Kelantan bukan meminta sedekah daripada Putrajaya.

Sebaliknya, Abdul Hadi berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk menyediakan bantuan kewangan kepada negeri itu.

“Kelantan adalah sebahagian dari sistem persekutuan yang diamalkan. Kelantan juga bayar cukai seperti cukai kenderaan, pakaian dan makanan.

“Semua cukai ini diambil Jabatan Kastam, yakni bawah pentadbiran kerajaan pusat.

“Kelantan ada hasil bumi dia, yang kerajaan pusat ambil dan itulah kewajipan yang kerajaan pusat kena bayar balik kepada negeri.

“Itu tanggungjawab, bukan kita minta sedekah,” kata Abdul Hadi kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mendedahkan Pejabat Perbendaharaan Kelantan meminta bantuan pinjaman daripada pusat untuk membayar gaji kakitangan negeri.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang berkata bantuan sedemikian juga telah diberikan semasa era BN, meskipun terdapat beberapa penangguhan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans