#KitaOK Jelajah Komedi Harith Iskander ‘Live’ 2018 Celcom Terima Sambutan Menggalakkan – Channel W

#KitaOK Jelajah Komedi Harith Iskander ‘Live’ 2018 Celcom Terima Sambutan Menggalakkan

LABUAN – Selama lebih satu dekad, penganjur majlis perlu bergantung kepada muzik dan tarian untuk menghidupkan sesuatu acara, kini ia mula berubah dengan kebangkitan komedi berdiri yang begitu pantas meraih populariti, terima kasih kepada televisyen dan media sosial perdana.

Populariti persembahan komedi berdiri bukan sahaja popular di Semenanjung, malah ia sudah mula berkembang di Labuan dan Sabah.

Susulan itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Labuan Society yang mendatangkan lelaki paling lucu dunia Laugh Factory 2016 Harith Iskander ke pulau bebas cukai ini pada 16 Mac, berkata sambutan daripada peminatnya amat menggalakkan kerana lebih daripada 40 peratus tiket telah terjual.

Pengerusi Labuan Society Azhar Othman berkata, ‘Godfather Comedy Stand Up’ Malaysia itu sedang merentasi negara menerusi #KitaOK Jelajah Komedi Harith Iskander Live 2018 Celcom dan persembahan terakhirnya dijadualkan berlangsung di Hotel Tiara di Labuan.

Harith turut dianugerahkan Asia’s Best Stand-Up Comedian Award 2014 oleh Majalah Top 10 Asia.

“Kami juga menerima banyak permintaan untuk pembelian tiket dalam talian dan berterima kasih kerana Labuan turut menjadi sebahagian daripada siri jelajah itu.”

Peminat komedi berdiri, Nurelaine Qistina Abdullah berkata sambutan orang ramai amat menggalakkan dan berharap tidak lama lagi, lebih banyak pusat hiburan akan menyediakan pentas untuk pelawak.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans