Baginya, Khairy dilihat menjalankan tugasnya sebagai pembangkang dengan baik kerana berkaitan ICERD adalah keputusan Kabinet.

“Itu adalah keputusan Kabinet selepas mengadakan perbincangan.  Kita melihat bagaimana penerimaan masyarakat terhadap isu ini.

“Ada sebahagian masyarakat memahaminya dan ada juga yang salah faham dan salah tafsir mengenai ICERD terutama membabit hak asasi manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Rembau itu selepas kerajaan mengumumkan menolak ratifikasi ICERD di negara ini.