KKM Kesan 121 Premis Pembiakan Aedes Dalam Ops Barang Lusuh – Channel W

KKM Kesan 121 Premis Pembiakan Aedes Dalam Ops Barang Lusuh

KUALA LUMPUR – Sebanyak 121 premis iaitu 19.8 peratus daripada 610 premis barang lusuh yang diperiksa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara dikesan mempunyai tempat pembiakan nyamuk aedes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata susulan operasi di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 yang dinamakan ‘Ops Barang Lusuh’ pada 12 dan 13 Feb itu, tindakan mahkamah telah diambil terhadap pengusaha premis yang didapati menyumbang kepada tempat berpotensi pembiakan Aedes.

Nyamuk Aedes penyebab denggi dan chikungunya.

“Sejumlah 120 tawaran kompaun dengan nilai RM60,000 telah dikeluarkan selepas mendapat izin Timbalan Pendakwaraya. Sebanyak 49 Notis Arahan Kerja-Kerja Pembersihan telah dikeluarkan manakala satu pemilik premis barang lusuh akan didakwa di mahkamah kerana kesalahan berulang,” katanya dalam satu kenyataan.

KKM akan meneruskan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi membendung peningkatan kes demam denggi dalam kalangan masyarakat.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans