PRU14: KKMM Buka Pusat Media Di Putrajaya & Semua Negeri – Channel W

PRU14: KKMM Buka Pusat Media Di Putrajaya & Semua Negeri

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan membuka pusat media Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Putrajaya mulai esok.

Ia bagi menyediakan maklumat berkaitan program dan aktiviti yang dilaksanakan kerajaan sepanjang tempoh  pilihan raya bermula daripada tarikh  penamaan calon.

Menurut satu kenyataan KKMM hari ini, Pusat Media PRU14 KKMM ini bertempat di aras 23 Kompleks KKMM di Putrajaya ini beroperasi mulai 9 pagi sehingga 9 malam pada 9 Mei ini.

“Bagi memudahkan pengamal media menyalurkan  berita berkaitan PRU14, pusat media ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti komputer, talian Internet, talian telefon, mesin faks, mesin pencetak dan beberapa keperluan lain,”

KKMM melalui Jabatan Penerangan juga membuka pusat media di setiap negeri bagi tujuan yang sama.

Pusat Media PRU14 KKMM boleh dihubungi di talian 03-89115095 dan talian faks 03-89115065 atau berhubung dengan Mohd Rizal Khalib di talian 011-10012024 atau alamat e-mel pusatmediapru14@gmail.com.]

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans