KL, Kota Damansara, Sungai Buloh dan Rawang banjir kilat – Channel W

KL, Kota Damansara, Sungai Buloh dan Rawang banjir kilat

Kuala Lumpur, 15 Nov. – Beberapa kawasan di ibu kota, Kota Damansara, Sungai Buloh dan Rawang dilanda banjir kilat, selepas hujan lebat bermula sejak 5.00  petang tadi.

Beberapa jalan utama turut dinaiki air menyebabkan kesesakan trafik di beberapa kawasan terutama di Sungai Buloh.

Antara laluan yang dinaiki air adalah Jalan Pudu Ulu, Jalan Cheras, Jalan Pudu Perdana, Jalan Datuk Keramat, Jalan Wirawati dan kawasan berhampiran PPR Hiliran Ampang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, turut dinaiki air adalah di kawasan rendah yang berhampiran dengan pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

“Setakat ini tiada pusat pemindahan dibuka membabitkan mangsa banjir kilat.

“Bomba masih menjalankan pemantauan dan pengawasan di kawasan yang dikenal pasti,” katanya.

“Sehingga 7.30 malam tadi, air banjir kilat masih bertakung. Pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal dinasihatkan berhati-hati,” katanya.

Pasukan penyelamat diletakkan berjaga-jaga memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans