Seruan itu dibuat oleh, Pakar sejarah yang juga penulis buku teks Sejarah tingkatan tiga dan lima, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, sejarah Malaysia mengiktirf  pejuang pada masa itu ialah askar Melayu, polis serta anggota keselamatan lain untuk memerangi komunis.

Itu adalah fakta yang perlu diketahui umum, ianya telah diangkat sebagai fakta penting dalam sejarah negara ini dan tidak boleh diubah sesuka hati.

” ideologi komunis yang dibawa masuk dan cuba disebarkan di seluruh negeri jelas telah ditolak oleh Bristish dan orang Melayu pada masa itu” tegasnya

“Jangan kacau sejarah. Sejarah khususnya buku teks telah ditulis oleh individu yang membuat kajian serta mahir yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran.

“Ia bukan isu politik tetapi sejarah sebenar atau kisah sebenar yang berlaku pada masa lalu,” tegasnya lagi

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai forum bertajuk Perlukah Kita Menulis Semula Buku Sejarah? yang dianjurkan Imagined Malaysia bagi membincangkan peranan komunis sebagai pejuang kemerdekaan dan sama ada pihak kerajaan perlu mengubah sejarah zaman darurat.

“Kita tulis sejarah politik, ekonomi, kerajaan-keraaan Melayu, tokoh-tokoh dan semua kaum. Malah peristiwa berkaitan komunis juga ditulis dalam buku teks sejarah iaitu bila kewujudannya, bermula daripada mana, apa perjuangannya semua ditulis,” katanya.

Baginya, memahami sejarah perlu menurut daripada apa yang diberlaku bukan mengikut keperluan politik sesebuah kerajaan itu.  Atas usaha itu juga sejarah lalu ditulis tanpa mengikut telunjuk mana-mana pihak hanya berdasarkan sejarah yang telah berlaku di dalam negara.