Kongsikan Detik Kasih Sayang Dengan ‘Cadbury Dairy Milk in Lickables’ – Channel W

Kongsikan Detik Kasih Sayang Dengan ‘Cadbury Dairy Milk in Lickables’

KUALA LUMPUR – Keseronokan memberi kini semakin manis! Cadbury Dairy Milk Malaysia, jenama konfeksi terlaris di dunia, di bawah Mondelēz International (Mondelez), hari ini melancarkan Cadbury Dairy Milk in Lickables – coklat terbaharu yang unik.

Bukan sesuatu rahsia bahawa kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak sering digambarkan sebagai suatu bentuk kasih yang tiada bandingan dengan rasa cinta yang lain.

Ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, dan ini termasuk memberikan ganjaran terbaik.

Dengan hakikat tersebut, konglomerat konfeksi ini mencipta Cadbury Dairy Milk in Lickables, coklat lazat yang diperbuat dengan rasa cinta dituju untuk menyemai dan meneguhkan ikatan kasih sayang ibu bapa dan anak-anak.

Dibalut dengan bungkusan berwarna ungu cerah Cadbury, produk ini didatangkan di dalam kontena unik berbentuk UFO yang akan mencetuskan rasa ingin tahu sesiapa sahaja untuk mengetahui apa yang ada di dalamnya.

Sementara separuh mengandungi coklat Cadbury Dairy Milk menyerupai mousse digabungkan dengan kebaikan rangupan gandum dan cebisan kecil biskut Oreo, separuh lagi merupakan satu lagi kejutan iaitu permainan watak Pokémon.

Cadbury Dairy Milk in Lickables dilancarkan dengan lebih daripada 25 permainan Pokémon yang boleh dikumpul peminat.

Bercakap pada majlis pelancaran Cadbury Dairy Milk in Lickables, Vikram Karwal, Pengarah Bersekutu Asia Tenggara, untuk Coklat berkata, “Untuk kali pertamanya, rakyat Malaysia kini boleh menikmati Cadbury Dairy Milk dalam format berkrim yang sangat serasi dengan tekstur rangupnya.

Rasa lazat Cadbury Dairy Milk bersama dengan permainan yang boleh dikumpul itu, pastinya menyeronokkan pengguna terutama ibu bapa yang mahu menyajikan anak-anak mereka dengan juadah istimewa.

Orang dewasa juga boleh mengenang kembali zaman kanak-kanak mereka dengan watak nostalgik dan cukup manis Pokémon.

Ini seiring dengan tema kempen Cadbury Dairy Milk in Lickables, #CadburyWithLove yang mana kami menyasarkan untuk menggalakkan semua orang berkongsi detik kasih sayang mereka.

Pertama kali dilancarkan di India pada Mac 2017, coklat inovatif tersebut kini akhirnya memasuki pasaran coklat Malaysia. Sebagai pemacu pertumbuhan utama dalam kategori coklat, Cadbury Dairy Milk in Lickables adalah sebahagian daripada usaha Mondelēz untuk secara progresif melakukan inovasi dan senantiasa membawa format menarik dan pengalaman cita rasa unik yang akan berterusan memberi keseronokan kepada pelanggan Cabdury.

“Cita-cita kami adalah untuk sentiasa menjadi jenama yang ikonik dan disayangi oleh rakyat Malaysia. Kami optimistik bahawa Cadbury Dairy Milk in Lickables akan memacu pertumbuhan mampan bagi perniagaan kami di Malaysia. Sebagai peneraju kategori, kami melihat peluang yang tidak terbatas menerusi produk baharu ini yang telah mencatat kejayaan besar bagi Cadbury Dairy Milk di pasaran-pasaran lain dan berdasarkan kaji selidik dan maklum balas daripada pengguna kita, kami yakin pengguna di Malaysia akan turut menyukainya juga,’’ tambah Vikram.

Coklat baharu Cadbury Dairy Milk in Lickables kini boleh didapati di Pasar raya dan Pasar raya Besar utama di seluruh negara, pada harga RM4.20 untuk 20g.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans