Konsert Bruno Mars Tetap Diteruskan – Channel W

Konsert Bruno Mars Tetap Diteruskan

PETALING JAYA – Konsert penyanyi Bruno Mars yang dijadualkan pada 9 Mei depan akan diteruskan walaupun ia jatuh pada hari yang sama Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diadakan.

Pihak penganjur, PR Worldwide telah mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi laman Facebook rasmi mereka pada Rabu.

“Kepada pemegang tiket konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur, konsert tersebut akan berlangsung seperti yang dirancang.

“Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, boleh lihat di www.prworldwidelive.com,” kata PR Worldwide.

 Pengumuman tersebut dibuat selepas peminat meluahkan rasa bimbang terhadap konsert penyanyi itu dibatalkan atau ditunda disebabkan PRU14.

Malah ada segelintir netizen yang memberi cadangan supaya konsert itu bermula lewat pada pukul 8.30 malam untuk memberi laluan kepada peminat yang memerlukan lebih masa selepas mengundi.

Konsert Bruno Mars 24K Magic World Tour  akan diadakan di Axiana Arena, Bukit Jalil dan kesemua 12,000 tiket telah habis dijual.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans