Konsert Radja Malaikat Cinta Ditunda 14 Julai – Channel W

Konsert Radja Malaikat Cinta Ditunda 14 Julai

KUALA LUMPUR – Demi menghormati kewajipan rakyat Malaysia bersempena pilihanraya umum yang dijadualkan pada minggu yang sama, pihak penganjur dan band Radja sendiri bersepakat untuk menunda tarikh konsert RADJA MALAIKAT CINTA dari 5 Mei 2018 kepada 14 Julai 2018.

Lokasi dan masa konsert adalah tidak berubah, masih kekal di StarXpo Centre, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam.

Konsert ini dianjurkan selaras dengan perkembangan grup itu yang baharu sahaja selesai melancarkan single terkini mereka yang berjudul ‘Malaikat Cinta’ pada 19 Mac lalu di kota Jakarta.

Sekaligus, meneruskan legasi nama Radja di senario muzik serantau setelah tamat kontrak bersama sebuah syarikat rakaman antarabangsa pada 2010 lalu dan kini menubuhkan syarikat sendiri iaitu Istana Musik.

Kini biarpun bergerak secara indie, Radja terus aktif dan berjaya kembali serta menjadikan single tersebut sebagai lagu runut bunyi sebuah sinetron di SCTV.

Konsert yang turut mengambil nama sempena single tersebut KONSERT RADJA MALAIKAT CINTA dengan durasi dua jam adalah sebuah konsert yang wajib ditonton oleh kesemua peminat mereka di mana grup ini akan mempersembahkan repertoire dari album pertama mereka sehinggalah lagu-lagu terbaru seperti ‘Jujur’, ‘Benci Bilang Cinta’, “Takkan Melupakanmu’, ‘Tulus’ dan banyak lagi lagu kegemaran ramai.

Sebagai menghargai muzik,artis serta peminat negara ini yang banyak menyokong kerier meraka selama ini, Radja juga akan menyampaikan lagu-lagu populor artis Malaysia di konsert itu nanti.

Harapan Radja agar konsert ini bakal sukses dan berjaya untuk mengubati kerinduan peminat-peminat mereka dan turut dijanjikan persembahan yang mantap serta kelainan daripada kebiasaan mereka.

Segalanya bakal disaksikan oleh seluruh penggemar Radja pada 14 Julai 2018 nanti.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM285 (VIP – duduk dan majlis ‘moktail’ sebelum konsert), RM215 (Platinum), RM165 (Gold), RM125 (Silver) dan RM85 (Bronze).

Tiket sudah muladijual mulai 21 Mac 2018 di www.airasiaredtix.com secara online. Peminat juga boleh mendapatkan tiket melalui kedai muzik Rock Corner di The Garden Mid Valley, Victoria Music di Sg Wang dan Amcorp Mall serta Artists Gallery di Gurney Plaza dan Queensbay Mall.

KONSERT RADJA MALAIKAT CINTA dianjurkan serta di terbitkan oleh Belbis Sdn Bhd bersama AV Group & Symphony Music.Pihak penganjur yakin dengan kemunculan semula Radja, peminat-peminat mereka bakal mengimbau kembali senarai lagu-lagu hits yang pernah meledak suatu ketika dahulu.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans