Konvoi Berbasikal Wanita 2018 – Sempena Hari Wanita Sedunia – Channel W

Konvoi Berbasikal Wanita 2018 – Sempena Hari Wanita Sedunia

Program Konvoi Berbasikal Wanita Sempena Hari Wanita 2018 telah memasuki tahun kedua penganjurannya oleh Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki.

Pada masa kini, semakin ramai wanita yang sangat menitik beratkan soal kesihatan walaupun sibuk menguruskan keluarga dan kerjaya. Justeru itu, program ini diadakan adalah bagi memberi keselesaan dan menggalakkan lagi golongan wanita meluangkan masa untuk beriadah melalui aktiviti berbasikal.

Konvoi Berbasikal Wanita bakal dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Persatuan Berbasikal Putrajaya, Biro Sukan Pusat Khidmat Rakyat Wilayah Persekutuan Putrajaya, Multigreen Events Sdn Bhd, dan Warisan Advertising Sdn Bhd.

Acara ini juga turut mendapat sokongan penuh Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Belia dan Sukan.

Bertempat di Putrajaya, konvoi berbasikal ini membabitkan jarak 10km dan 15km pada Sabtu 10 Mac 2018 dan pelepasan pada jam 8 pagi.

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh dapatkan maklumat di laman web rasmi http://konvoiberbasikalwanita.com/#tf-home atau boleh LIKE dan FOLLOW Facebook Rasmi Konvoi Berbasikal Wanita https://www.facebook.com/konvoiberbasikalwanita.official

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans