Kos Ibadah Haji Muassasah Kali Pertama Kekal RM9,980.00 – Channel W

Kos Ibadah Haji Muassasah Kali Pertama Kekal RM9,980.00

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji memaklumkan bayaran untuk menunaikan ibadah haji bagi jemaah muassasah kali pertama tidak berubah sejak tahun 2009 iaitu sebanyak RM9,980.00.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, walaupun kos haji meningkat setiap tahun, kadar itu tetap dikekalkan demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Tambahnya, kos haji sebenar bagi tahun 1439 Hijrah atau 2018 Masihi adalah RM22,450 manakala subsidi haji meningkat sebanyak RM12,470 seorang.

Tabung Haji dijangka menanggung subsidi haji sebanyak RM400 juta tahun ini.

Kos haji berkenaan sebanyak RM22,450 ini merangkumi pengangkutan termasuk penerbangan dan perkhidmatan bas di tanah suci, penginapan di Mekah dan Madinah, sajian di tanah suci, khemah di Arafah, Muzdalifah dan Mina serta perkhidmatan mutawif.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans