KP RoS baharu dilantik – Channel W

KP RoS baharu dilantik

Kementerian Dalam Negeri – KDN mengumumkan pelantikan Masyati Abang Ibrahim sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, RoS yang baharu berkuat kuasa 23 Mei lepas.

Ia diumumkan oleh Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Masyati Abang Ibrahim menggantikan Surayati Ibrahim yang telah bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 22 Mei lalu.

Masyati sebelum ini bertugas sebagai Perunding Kanan di Bahagian Transformasi Sektor Awam JPA sebelum dilantik ke jawatan itu dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan, katanya.

Foto kredit Bernama

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans