KPDNKK Selangor Rampas Mainan Tidak Patuhi Standard Keselamatan – Channel W

KPDNKK Selangor Rampas Mainan Tidak Patuhi Standard Keselamatan

SHAH ALAM – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor merampas 4,137 unit mainan pelbagai jenis bernilai RM34,555 dalam serbuan di sebuah premis menjual mainan di Mutiara Damansara dekat sini, Jumaat lepas.

Ketua Pegawai Penguat kuasanya Azman Adam berkata serbuan pada 12.30 tengah hari itu dilakukan susulan aduan orang ramai berhubung mainan yang dijual di premis tersebut disyaki tidak mengikut Pematuhan Standard (MC) yang ditetapkan.

“Hasil pemeriksaan ke atas premis itu mendapati pelekat MC yang dilekatkan di setiap mainan tersebut tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Selain itu, hampir 80 peratus daripada barangan mainan yang dijual juga mempunyai nombor siri sama,” katanya.

Menurut Azman, setiap mainan yang dijual perlu dilekatkan dengan logo MC sebagai bukti produk tersebut selamat digunakan oleh kanak-kanak.

Beliau berkata setiap pengeluar, pengimport atau pembungkus semula mainan dikehendaki membuat pengujian produk tersebut terlebih dahulu di mana-mana makmal yang diakreditasi sebelum dipasarkan.

“Sekiranya mereka gagal berbuat demikian mereka boleh disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana membekalkan atau menawarkan apa-apa barangan atau perkhidmatan yang tidak mematuhi standard keselamatan bagi mainan.

“…dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun bagi individu manakala bagi syarikat pula, denda RM250,000 untuk kesalahan pertama dan RM500,000 bagi kesalahan kali kedua,” katanya.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans