KR1M 2.0: Lebih 100 barangan Harga Murah Dari Pasaran – Channel W

KR1M 2.0: Lebih 100 barangan Harga Murah Dari Pasaran

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyasarkan untuk menawarkan lebih 100 barangan pada harga lebih murah berbanding harga pasaran di Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M 2.0) pada masa akan datang.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pada masa ini hanya 50 barangan termasuk empat barang kawalan iaitu gula, beras, tepung dan minyak masak diletakkan dalam senarai itu selain beberapa barangan keperluan harian lain seperti serbuk minuman Milo, lampin pakai buang dan mi segera.

“Jumlahnya (barangan yang dijual dengan harga murah) akan ditambah dari semasa ke semasa dan kita sasarkan lebih 100 barangan dapat dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding kedai biasa di rangkaian kedai KR1M 2.0 ini.

Yang penting, semua barangan ini adalah yang berjenama bukannya barangan yang dibungkus semula dan dijenamakan dengan KR1M,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran KR1M 2.0 di pasar raya TMG, Temerloh hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Hamzah berkata dalam masa yang sama, kementerian juga bercadang untuk menambahkan lagi rakan strategik kepada Perbadanan Nasional Berhad (PNS) selaku pengendali serta peneraju utama kepada KR1M 2.0 ini.

Foto – Twitter @PMOMalaysia

“Setakat ini, kita telah melantik dua buah syarikat peruncitan iaitu Tunas Manja Group (TMG) dan KK Mart sebagai rakan strategik PNS dan masih ada lima buah syarikat peruncitan sedang memohon untuk menjadi rakan strategik KR1M 2.0 ini.

“Kita akan memilih sebuah lagi syarikat berdasarkan beberapa kriteria termasuk mempunyai kumpulan pengurusan yang baik. Kesemua syarikat ini juga akan bekerjsama dengan kedai-kedai runcit di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai rangkaian kedai ini untuk menyalurkan barangan berkenaan dengan harga yang murah,” katanya.

KR1M 2.0 yang dilancarkan itu adalah pembangunan semula daripada inisiatif KR1M yang diperkenalkan melalui inisiatif pihak swasta yang dibantu kerajaan sejak tahun 2011.

Pembahaharuan itu dilakukan dengan penekanan diberikan terhadap tiga kategori model perniagaan iaitu kerjasama strategik antara kerajaan dengan pengilang, pengeluar dan pengedar; operasi perniagaan kendalian pemilik serta penjenamaan bersama. – BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans