Krisis air Selangor: Kerajaan Persekutuan mungkin guna Akta 655 – Channel W

Krisis air Selangor: Kerajaan Persekutuan mungkin guna Akta 655

KUALA LUMPUR – Kerajaan persekutuan mungkin menggunakan peruntukkan dalam Akta 655 bagi mengambilalih pentadbiran air di Selangor jika krisis air di negeri terus berlarutan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.

Katanya, ia adalah beberapa pilihan yang difikirkan kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan keadaan di Selangor yang disifatkannya berlaku berikutan sikap sambil lewa kerajaan negeri untuk menyelesaikan proses penstrukturan air.

“Kerajaan pusat perlu menilai langkah-langkah pilihan untuk mengatasi keadaan ini, satu daripadanya adalah menggunakan Akta 655 yang mengatakan in the interest of national security, kerajaan boleh memasuki ruang ini dan mengambilaluh penatadbiran air untuk sementara waktu untuk dipulihkan penstrukturan itu.

“Pihak kerajaan akan sentiasa menimbang ini (pilihan untuk mengambilalih pentadbiran air di Selangor), tetapi buat masa sekarang saya hanya menyuarakannya sahaja,” katanya kepada pemberita di luar Dewan Rakyat selepas menghadiri sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di sini.

Di bawah Seksyen 114 Akta 655, kerajaan persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mempunyai hak untuk mengambil alih kawalan operasi pihak konsesi.

Ongkili berkata, selain akta itu, satu lagi kaedah untuk menyelesaikan krisis tersebut ialah rakyat Selangor sendiri harus bertindak bijak dengan meletakkan semula kerajaan Barisan Nasional di negeri itu yang menurutnya akan diselesaikan dalam tempoh setahun.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans