KRU bakal dibubarkan 6 Mei ini – Channel W

KRU bakal dibubarkan 6 Mei ini

25 tahun KRU bertapak di negara ini dan menghiburkan peminat, kini  Datuk Norman, Yusry dan Edry mengumumkan mereka bakal membubarkan kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1992 pada 6 Mei ini.

Dalam satu sidang akhbar, Yusry mengumumkan, Konsert Gergasi 25 KRU yang bakal berlangsung bermula 4 hingga 6 Mei ini merupakan konsert terakhir sebelum kumpulan itu dibubarkan dan mereka mengucapkan selamat tinggal kepada dunia muzik tempatan.

“Kami rangkumkan 25 tahun penglibatan kami dalam industri dengan konsert terakhir ini. Kemudian kami akan membubarkan KRU pada malam terakhir konsert itu.

Sebagai tanda pembubaran, mereka akan melancarkan single baharu, Tahan Lama pada 30 April nanti sebagai lagu selamat tinggal.

Dalam sidang media itu juga jelas kelihatan, Norman cuba menahan sebak mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan pihak-pihak yang selama ini sentiasa menyokong sepanjang perjalanan kerjaya KRU.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans