Ku Li dilantik Penasihat UMNO – Channel W

Ku Li dilantik Penasihat UMNO

UMNO telah melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai penasihat parti itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tugas dan tanggungjawab jemaah penasihat itu akan dijelaskan sendiri oleh Tengku Razaleigh.

“Tengku Razaleigh juga akan menjelaskan mengenai pelantikan ahli jemaah berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan serta Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin.

Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan, Datuk Shamsul Anuar Nasarah; Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad; dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi.

Ahmad Zahid berkata, sembilan majlis turut ditubuhkan bagi menjalankan beberapa tanggungjawab untuk memperkasa dan menyemarakkan UMNO sebagai parti politik utama tanah air.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans