Kualiti Perkhidmatan Kesihatan Negara Sentiasa Dipertingkat – Channel W

Kualiti Perkhidmatan Kesihatan Negara Sentiasa Dipertingkat

KOTA BHARU – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini berada pada tahap lebih baik dari semasa ke semasa demi kesejahteraan rakyat.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata ini termasuklah bagi perkhidmatan rawatan penyakit kanser yang jauh lebih efisyen.

“Mengikut maklumat doktor, rawatan kanser kini lebih kepada ‘micro targeting’ dan sel-sel tidak dimusnahkan secara keseluruhan. Pesakit juga memaklumkan lebih selesa dengan rawatan terkini itu,ia menunjukkan Malaysia kini menggunakan teknologi canggih untuk menentukan rawatan terbaik buat pesakit,” katanya.

Beliau ditemui ketika Ziarah Kaseh Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) Pesakit Kanser di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini, hari ini.

Turut hadir Anggota Majlis Pemikir dan Pemandu POKB Prof Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik POKB Mohamed Afandi Hassan.

Dalam lawatan itu, Sharifah Zarah yang juga Anggota Kehormat Seumur Hidup POKB sempat beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada 37 pesakit kanser yang mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Antara lain, beliau berkata kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit bagi memastikan teknologi perubatan diguna pakai secara optimum demi memastikan rakyat menerima rawatan terbaik.

Katanya semua agensi seliaan kementeriannya (KKMM) sentiasa memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat menerusi pelbagai program berhubung penjagaan kesihatan dalam kalangan rakyat.

Peranan itu akan terus diperkasakan bagi memastikan rakyat sedar terhadap keperluan untuk mengesan sesuatu penyakit terutama kanser lebih awal, seterusnya mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans