Kurang bijak serah jawatan PM sekarang – Tun Daim – Channel W

Kurang bijak serah jawatan PM sekarang – Tun Daim

Ketua Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berpendapat adalah tindakan yang kurang bijak jika menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam temubual Tun Daim dengan sebuah akhbar di Singapura memetik peralihan kepimpinan yang lebih pragmatik adalah pada waktu ‘pertengahan’.

“Perubahan tersebut akan berlaku pada waktu pertengahan. Rakyat tidak akan percaya lagi jikalau janji yang dibuat pada mereka dilanggar. Jadi (untuk menukar Perdana Menteri) sekarang ia adalah satu langkah bodoh,” kata Daim dalam temu bual tersebut, semalam.

Menurut akhbar itu lagi, perubahan kepimpinan tersebut dijangka akan berlaku seawalnya pada 2020.

Sebelum ini Tun Dr. Mahathir juga ada mengakui bahawa beliau memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk memperbetulkan masalah yang telah ditinggalkan oleh perdana menteri terdahulu.

Daim turut memberitahu bahawa beliau telah berjumpa dengan Anwar baru-baru ini untuk menyampaikan mesej bahawa “anda semua telah mencuba pada beberapa pilihan raya dan gagal. Samada suka atau tidak, (sekarang) Mahathir berjaya.”

Dr. Mahathir kembali memegang tampuk kerajaan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 selepas melepaskan jawatan tersebut pada tahun 2003.

Anwar pada ketika ini sedang menjalani hukuman penjara selama 5 tahun kerana didapati bersalah oleh mahkamah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada minggu lalu telah memperkenankan untuk memberi pengampunan diraja kepada Anwar, dengan beliau sepatutnya dibebaskan daripada hukuman tersebut, hari ini.

Namun, Lembaga Pengampunan yang sepatutnya bersidang hari ini, telah menangguhkan sidangnya ke hari esok, sekaligus pembebasan Anwar juga terpaksa ditangguhkan

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans