Lady Gaga Batal 10 Konsert di Eropah – Channel W

Lady Gaga Batal 10 Konsert di Eropah

Bintang pop Amerika Syarikat, Lady Gaga, mengumumkan pembatalan 10 pertunjukan terakhir di Eropah sempena konsert jelajah dunianya disebabkan ‘kesakitan teruk’.

Dalam kenyataan yang disiarkan di Twitter, pemenang Grammy itu memberitahu peminat beliau ‘amat kecewa’ tetapi menjelaskan keputusan membatalkan Konsert Jelajah Joanne, pertunjukan kelimanya, adalah di luar kawalannya.

“Pasukan perubatan saya menyokong keputusan untuk saya berehat di rumah.

“Saya perlu mendahulukan diri dan kesihatan saya,” katanya.

Pertunjukan terjejas termasuk di London, Paris dan Berlin selain Stockholm, Zurich dan Copenhagen.

Konsert di Cologne, Jerman dan Manchester, Englang juga dihentikan.

Ia dibuat selepas penyanyi ‘Born This Way’ itu membatalkan satu lagi pertunjukan di Rio de Janeiro September lalu selepas dimasukkan ke hospital, juga akibat kesakitan teruk.

Lady Gaga yang mencipta nama pada 2008 dengan lagu ‘Just Dance’ sebelum ini mendedahkan beliau mengalami fibromyalgia kronik. – AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans