Langkawi Akan Terus Dibangunkan Jika BN Terus Diberi Mandat – Najib – Channel W

Langkawi Akan Terus Dibangunkan Jika BN Terus Diberi Mandat – Najib

LANGKAWI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluahkan rasa tidak sabar untuk mendapatkan lebih banyak pelaburan bukan hanya di Langkawi, malah di kawasan lain di Malaysia.

Najib berkata beliau bersetuju dengan idea mewujudkan lebih banyak outlet membeli belah premium di pulau ini dan menggesa penggiat industri dan pelabur untuk bekerjasama merealisasikannya.

“Kami akan terus membangunkan Langkawi pada masa depan tetapi sudah tentu, kejayaan rancangan kami bergantung kepada apa yang akan berlaku dalam beberapa hari akan datang,” katanya secara berjenaka, merujuk kepada pilihan raya umum ke-14, pada 9 Mei.

Perdana Menteri turut menegaskan ahli perniagaan antarabangsa menaruh keyakinan yang sangat besar terhadap ekonomi Malaysia sejak kerajaan melaksanakan program Transformasi Nasional (TN).

Beliau berkata banyak perkara yang telah dicapai sejak kerajaan yang diterajuinya melaksanakan inisiatif TN yang membolehkan negara mencatat hasil ekonomi begitu positif yang meyakinkan pelbagai entiti perniagaan di seluruh dunia.

“Mereka (ahli perniagaan antarabangsa) tahu bahawa Pendapatan Negara Kasar (PNK) meningkat lebih daripada 50 peratus. Mereka sedar bahawa hampir 2.7 juta pekerjaan telah diwujudkan. Mereka tahu bahawa defisit fiskal telah berkurang kepada tiga peratus pada 2017, turun daripada 6.7 peratus pada 2009,” katanya semasa merasmikan pusat peranginan Ritz-Carlton Langkawi, sebuah resort bertaraf lima bintang di sini.

Datuk Seri Najib berkata, pembukaan pusat peranginan ini sebagai contoh terkini berhubung keyakinan berterusan yang ditunjukkan entiti perniagaan antarabangsa berhubung ekonomi negara.

Najib berkata kerajaan yang dipimpinnya sentiasa memikirkan kepentingan rakyat Malaysia memandangkan pertumbuhan ekonomi yang dinikmati negara adalah inklusif dan mampan tanpa ada yang ketinggalan.

Katanya beliau telah merangka pelan ekonomi secara besar-besaran untuk negara bagi merintis jalan kepada rakyatnya untuk menikmati pendapatan yang lebih tinggi.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans