PRU14: Langkawi Perlu Calon Muda – Nawawi – Channel W

PRU14: Langkawi Perlu Calon Muda – Nawawi

Meskipun calon BN Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad tahu akan kekuatan Tun Mahathir Mohamad, namun terdapat beberapa faktor yang menyukarkan Tun Mahathir Mohamad tidak mampu berkhidmat untuk rakyat di parlimen itu lagi.

Atas faktor tersebut maka beliau percaya yang rakyat parlimen Langkawi akan terus memilih BN untuk mentadbir parlimen tersebt.

“Kita hormati Tun, tapi masa dah berlalu, Tun sekarang menuju ke umur 100 tahun, jadi dia hanya boleh berkhidmat dalam keadaan yang terhad sahaja.

“Tapi undi penduduk Langkawi kerana masa depan negara, bukan untum mengenang jasa, bukan kerana sayang dan hormat Tun jadi kita kena undi dia, bukan begitu.

“Keadaan dan maruah Langkawi perlu kita jaga dan biarkan ia berada di bawah tampuk pimpinan BN,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan Nawawi bertanding di parlimen Langkawi bagi berdepan bekas perdana menteri 22 tahun itu.

Walaupun kini berlainan parti, Nawawi bagaimanapun mengakui menghormati Dr Mahathir.

Sebelum ini juga Nawawi merupakan ADUN Kuah sejak 2004 sebelum bertanding di Parlimen.

Beliau kemudiannya pada PRU13, Nawawi memenangi kerusi Langkawi dengan majoriti 11,861 undi, BN memperoleh 21,407 undi berbanding Datuk Ahmad Abdullah PKR 9,546 dan calon bebas Marina Hussein 180 undi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans